Bayaran jurunikah, 2 saksi di Perak naik kepada RM200  - Utusan Malaysia

Bayaran jurunikah, 2 saksi di Perak naik kepada RM200 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) menaikkan kadar bayaran upah nikah kepada jurunikah dan dua saksi kepada RM200 bermula awal Mac depan. 

Jaipk dalam satu kenyataan rasminya yang disiarkan melalui laman sosial Facebook hari ini memaklumkan perkara tersebut  yang disiarkan bersama surat pemberitahuan yang ditanda tangan oleh Ketua Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Orang Islam Negeri Perak, Zakaria Abd. Razak kepada pihak-pihak berkenaan. 

Katanya, bayaran upah nikah tersebut dinaikkan daripada RM100 kepada RM200 selepas diluluskan melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) Perak yang bersidang pada 23 Januari lalu. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kenaikan daripada RM100 kepada RM200 tersebut membabitkan RM140 kepada jurunikah manakala RM30 masing-masing kepada dua saksinya. 

“Perkara ini akan dimaklumkan kepada semua Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk di semua daerah di negeri ini,” katanya. 

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menjelaskan sebab kadar bayaran berkenaan yang naik sehingga mencecah 100 peratus. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×