Bawaslu kesal media dikasari - Utusan Malaysia

Bawaslu kesal media dikasari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 24 Feb. – Badan Pe­ngawasan Pemilihan Umum (Bawaslu) kesal dengan tindakan Laskar Pembela Islam, sebuah sayap Barisan Pertahanan Islam (FPI) yang mengasari petugas media semasa membuat liputan program Munajat 212 di Taman Monas, baru-baru ini.

Lapor Tempo.co, jurucakap Bawaslu, Rahmat Bagja memberitahu, insiden seperti itu tidak seharusnya berlaku terhadap mana-mana petugas media ketika mereka menjalankan tugas.

“Wartawan tidak boleh diancam, dipaksa atau diugut ketika membuat liputan kempen atau aktiviti komuniti yang dibuka kepada orang ramai,” katanya di sini, semalam.

Program itu kecoh apabila sekumpulan petugas media yang berada di majlis tersebut sempat merakam insiden seorang pencuri ditahan menggunakan telefon pintar mereka. Menye­dari tindakan terbabit, FPI memaksa mereka untuk mema­damkan rakaman berkenaan.

Rahmat turut mempersoalkan dakwaan beberapa pihak yang kononnya program itu tidak dibuka kepada petugas media untuk membuat liputan.

“Munajat 212 adalah sebuah program peringkat kebangsaan yang dibuka kepada orang ramai dan justeru itu, kita memerlukan liputan meluas bagi membolehkan maklumat program disampaikan kepada orang ramai. Saya tidak faham kenapa wartawan tidak boleh membuat liputan, ia sesuatu yang pelik,” katanya.

Sementara itu, Pertubuhan Wartawan Brbas (AJI) Jakarta berkata, tindakan FPI meminta petugas media mema­dam rakaman video atau gambar adalah satu kesalahan undang-undang.

“Mereka menghalang petugas media daripada melakukan kewajipan mereka untuk menyalurkan maklumat kepada rakyat,” kata­nya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Munajat 212, Idrus Al Habsyi menjelaskan, pihaknya tidak pernah memberi sebarang arahan kepada FPI untuk menghalang mana-mana petugas media yang datang membuat liputan majlis itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN