Bapa Pengarang Kanan Berita Utusan Malaysia meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bapa Pengarang Kanan Berita Utusan Malaysia meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Feb. – Bapa kepada Pengarang Kanan Berita Utusan Malaysia, Johardy Ibrahim Maulana kembali ke rahmatullah pagi tadi akibat uzur dan sakit tua.

Ibrahim Maulana Mekhir, 81, meninggal dunia kira-kira pukul 9 pagi dan jenazah kini sedang diuruskan di Rumah Mayat Hospital Umum Sarawak, Kuching Sarawak.

Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Jamek Negeri Sarawak, Petra Jaya selepas waktu zohor sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bekas Pegawai Penerangan itu meninggalkan lima orang anak termasuk Johardy yang merupakan anak bongsu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN