GENEVA 12 Feb. – Bantuan makanan yang dibiarkan dalam sebuah gudang di pelabuhan barat Hodeidah dikhuatiri berdepan kerosakan ekoran disimpan terlalu lama. Al-Jazeera melaporkan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam kenyataan memaklumkan, sumber tersebut mengandungi bijirin mencukupi untuk diberikan kepada jutaan penduduk Yemen yang berdepan masalah kebuluran ketika ini. Namun, bekalan itu tidak dapat disalurkan kerana masih disimpan di dalam gudang yang sekian lama ditutup. “Bijirin hasil sumbangan program makanan dunia itu disimpan di dalam gudang berkenaan. Bekalan tersebut cukup kepada 3.7 juta penduduk dan boleh dimanfaatkan untuk tempoh sebulan. “Tetapi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya