Bantu bekal air bersih di negara Afrika - Utusan Malaysia

Bantu bekal air bersih di negara Afrika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT – Kariah Masjid Taqwa, Surau Raudatul Muttaqin dan Yayasan Amal Malaysia bekerjasama membekalkan air bersih Program Water4life di dua negara Afrika iaitu Cameroon dan Chad.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Timbalan Nazir Masjid Taqwa Banting, Zainal Ali, program tersebut melibatkan pembinaan mesin gerudi dan pemampat udara bernilai hampir RM220,000 yang ditanggung kosnya oleh Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari negara tersebut, Cansuyu Cameroun.

Katanya, ini merupakan Misi Water4life ini kedua dengan sebelum ini adalah di Sudan. 

“Kita akan membuat penghantaran mesin-mesin ini dalam kontena seberat 15 tan pada 2 Mac depan. 

“Selain itu, kita turut akan menghantar sumbangan berupa pakaian dan peralatan kesihatan “katanya ketika ditemui di Masjid Taqwa di sini hari ini. 

Zainal berkata, beliau akan pergi secara bersendirian ke Cameroon hujung bulan Mac depan bagi menjadi tenaga pengajar kepada pihak NGO Cansuyu melakukan kerja-kerja membuat telaga tiub.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh memasukkan wang sumbangan ke akaun CIMB Bank, Darul Ilmi Boundry nombor akaun 86-0347248-3 atau menghubungi Zainal  di talian 0132622055. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN