LONDON 4 Feb. – Pesawat yang membawa pemain Argentina, Emiliano Sala dan juruterbang, David Ibbotson ke Cardiff City sebelum terhempas pada 21 Januari lalu ditemukan di dasar laut Selat Inggeris, berhampiran Channel Island. “Saya boleh sahkan kapal terbang itu sudah ditemukan,” kata jurucakap Cawangan Siasatan Kemalangan Udara Britain (AAIB). AAIB turut memaklumkan, mayat salah seorang mangsa turut kelihatan di dalam pesawat tersebut. BBC melaporkan, pemilik syarikat persendirian, Blue Water Recoveries,…










