Baby Shima bersih skandal pelacuran - Utusan Malaysia

Baby Shima bersih skandal pelacuran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Penyanyi dangdut, Baby Shima mengakui bahawa namanya kembali bersih selepas dikaitkan dengan skandal pelacuran yang menggemparkan dunia hiburan Indonesia dan Malaysia baru-baru ini.

Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 27, berkata, rutin hariannya sebagai penyanyi di republik tersebut juga kembali lancar seperti biasa.

“Alhamdulillah, apa yang boleh saya katakan, isu tersebut telah diselesaikan dengan cara baik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pihak stesen televisyen yang tersalah menggunakan gambar saya untuk melaporkan berita skandal pelacuran berkenaan telah membuat permohonan maaf,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Studio Utusan, di sini semalam.

Terdahulu, nama Baby Shima menjadi panas apabila dikaitkan dengan skandal pelacuran dalam talian yang melibatkan ramai artis dan model di Indonesia.

Memburukkan keadaan, gambar Baby Shima turut digunakan dalam program Barista yang disiarkan dalam saluran RCTI bagi mewakili seorang penyanyi bernama Baby Shu yang terlibat dalam skandal pelacuran tersebut.

Salah faham tersebut berlaku kerana khalayak Indonesia gemar menggunakan akronim huruf pangkal nama seseorang sebagai panggilan sementelah Baby Shima dan Baby Shu memiliki pangkal nama sama iaitu BS. Apabila pihak berkuasa menyebut BS sebagai salah seorang suspek, media terus merujuk kepada Baby Shima. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×