Ayam jadi rakan karib pakar komputer - Utusan Malaysia

Ayam jadi rakan karib pakar komputer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE, Australia – Seorang pencinta haiwan semakin rapat dengan ayam peliharaannya sehinggakan menghabiskan masa bersama membeli-belah, menonton televisyen dan pergi ke mana sahaja berdua di bandar ini.

Pakar komputer, Angel Muiri mengambil ayam bernama Chookie itu daripada sebuah klinik haiwan 18 bulan lalu, tidak lama selepas dia berhenti makan daging ayam sepenuhnya.

“Chookie memang ayam yang unik. Saya sangat bertuah kerana menemuinya. Chookie adalah haiwan paling comel dan istimewa bagi saya,” kata Muiri.

Pasangan aneh itu sering dilihat berjalan di tepi pantai dengan Chookie yang dipasang rantai leher seperti anjing atau kucing peliharaan lalu dibawa bersiar-siar.

Walaupun ayam boleh menjadi haiwan peliharaan, Muiri mengingatkan mereka yang berniat mengikut jejaknya supaya faham bukan semua ayam mempunyai personaliti dan sikap berani seperti Chookie. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN