KUALA LUMPUR – Setelah tujuh hari ditahan dalam wad sebuah hospital di Ampang Selangor, penyanyi rock, Datuk Awie akhirnya dibenarkan pulang ke rumah. Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 51, dimasukkan ke hospital Selasa lalu. “Saya sudah dibenarkan keluar wad tadi (petang Ahad). Alhamdulillah, keadaan saya beransur pulih. Doakan yang baik-baik,” jelas Awie kepada Kosmo! semalam. Sebelum ini, pada Disember lalu, penyanyi yang terkenal dengan lagi Sejati itu pernah dimasukkan ke hospital juga selama tujuh hari kerana kesukaran bernafas dan mengalami sakit dalam perut. – K! ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya