KUALA LUMPUR 6 Feb. – Rezeki tidak salah alamat. Juara Paralimpik 2016, Ridzuan Puzi muncul rakyat Malaysia pertama menerima pengiktirafan berprestij apabila dinobat sebagai Atlet Para Lelaki Terbaik Asia 2018, hari ini. Ridzuan, 31, atau lebih dikenali sebagai Dikwan menerima anugerah tersebut pada majlis Anugerah Asia 2018 dan Makan Malam yang berlangsung di Dubai awal pagi tadi. Anugerah disampaikan Presiden Majlis Paralimpik Emeriyah Arab Bersatu, Mohamed Alhameli dan Presiden Jawatankuasa…










