WASHINGTON 2 Feb. – Amerika Syarikat (AS) semalam mengumumkan akan menarik diri daripada Perjanjian Kuasa Nuklear Jarak Sederhana (INF) 1987 dengan Rusia dalam tempoh enam bulan, melainkan Moscow tidak lagi melanggar perjanjian berkenaan. AS akan mempertimbangkan semula pengundurannya sekiranya Rusia mematuhi perjanjian tersebut. Pentadbiran Presiden Donald Trump berkata misil baharu Rusia dikenali sebagai 9M729 melanggar Perjanjian INF. – REUTERS










