Arsenal pasukan komedi - Cole - Utusan Malaysia

Arsenal pasukan komedi – Cole

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 15 Feb. – Bekas penyerang Manchester United, Andy Cole menyifatkan Arsenal sebagai sebuah ‘pasukan komedi’ kerana tidak menyenaraikan Mesut Ozil ketika aksi Liga Europa yang menyaksikan mereka tewas 0-1 kepada BATE Borisov.

Ia bukan kali pertama bintang Jerman itu tidak tersenarai dalam skuad Unai Emery dan keputusan itu jelas membuktikan perancang The Gunners itu mempunyai masalah dengan pengurus pasukan.

Walaupun tidak tersenarai dalam pasukan, Ozil bertindak profesional dengan memberikan sokongan penuh kepada The Gunners menerusi laman Twitter.

“Ini bukan keputusan yang kami mahukan, tetapi kami masih boleh beraksi cemerlang dalam aksi kedua! Ayuh bangkit dalam aksi di Stadium Emirates,” kata Ozil menerusi hantaran baharunya di laman Twitter.

Cole tanpa berselindung mengkritik tindakan Arsenal menyisihkan pemain itu dengan berkata: “Pasukan ini tidak ubah seperti aksi komedi. Kita semua tahu bahawa dia (Ozil) sangat berbakat.

“Pengurus sudah memutuskan untuk tidak membawanya bersama pasukan, dia tidak bekerja keras atau apa juga alasan boleh diberikan tetapi hakikatnya, awak memiliki kelebihan. Saya dapat rasakan bahawa keseluruhan pasukan akan bekerja keras untuk memberikan bola kepada Ozil supaya keajaiban boleh berlaku.

“Arsenal beberapa tahun lalu ketika di bawah (Arsene) Wenger, mereka beraksi dengan menggunakan pemain terbaik apabila diperlukan dan Ozil adalah salah seorang daripada mereka.

“Jika awak tanya Lacazette dan Aubameyang: “Adakah awak mahu Mesut beraksi?” Sudah pasti mereka mahukan Ozil. Keadaan ini sungguh pelik,” kata Cole.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN