Mempertaruhkan lagu Bunga yang dicipta bersama Laq dan Kadok dendangan penyanyi bersuara nyaring, Ara Johari di pentas Anugerah Juara Lagu Ke-33 (AJL33), Akim Ahmad tidak menafikan ada menaruh harapan untuk lagu tersebut mengungguli trofi utama. Selain memburu kemenangan, pemilik nama sebenar Afiq Hakim Ahmad itu bagaimanapun mengharapkan satu perkara yang amat penting daripada Ara. Tidak lain tidak bukan, perkara tersebut adalah persembahan daripada penyanyi yang sudah boleh dianggap sebagai anak didiknya itu. Jika pada edisi lalu, Ara dihantui masalah kesihatan sehingga menjejaskan persembahan lagu Warkah Untukku juga ciptaan Akim, vokalis…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya