ALOR SETAR – Kedegilan tiga nelayan tempatan yang masih menggunakan pukat haram jenis rawa sorong membawa padah apabila mereka ditahan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Kedah di perairan Yan dekat sini semalam. Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad berkata, dua bot bersama tiga nelayan itu ditahan pada jarak 1.4 batu nautika dari muara barat Tanjung Dawai kira-kira pukul 3 pagi. “Hasil pemeriksaan mendapati dua bot…










