ALOR SETAR – Maritim Malaysia (APMM) menahan dua buah bot nelayan kelas A kerana menggunakan peralatan yang tidak dibenarkan iaitu jenis tangguk tunda siput di perairan Yan dekat sini semalam. Dua bot bersama enam awak-awak warga tempatan itu ditahan pada jarak 0.5 batu nautika dari muara barat Pantai Kuala Sala kira-kira pukul 10.30 malam. Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad berkata, pemeriksaan mendapati kedua-dua bot tersebut…