Hidayah adalah seorang graduan sebuah IPTA di Pantai Timur. Kini dia bekerja di sebuah kedai makan. Pada masa yang sama, dia mencari pekerjaan yang lebih sesuai dengan kelulusannya. Hidayah seorang gadis yang lemah-lembut, taat kepada perintah Allah dan sangat disenangi oleh sesiapa sahaja. Kedai makan tempat Hidayah bekerja terletak di pinggir Jalan Kluang, Batu Pahat. Jalan ini menjadi laluan alternatif pengguna jalan raya yang tidak mahu menggunakan Lebuhraya Utara –…










