Apa alasan tidak benarkan ceramah Dr. Zakir Naik di Stadium Bandaraya P. Pinang? - Utusan Malaysia

Apa alasan tidak benarkan ceramah Dr. Zakir Naik di Stadium Bandaraya P. Pinang?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 22 Feb. – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diminta memberi penjelasan munasabah selepas menolak permohonan Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa Pulau Pinang (Ipsi) bagi menggunakan Stadium Bandaraya di Georgetown di sini sebagai lokasi ceramah umum Dr. Zakir Naik.

Sambil melahirkan rasa kesal, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal, Mohd. Norhiesam Ismail berkata, penolakan permohonan itu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan umat Islam berhubung pendirian MBPP dan Kerajaan DAP Pulau Pinang terhadap program keagamaan yang dianjurkan oleh umat Islam.

“Kita bimbang keputusan yang dibuat sejak akhir-akhir ini terhadap perkembangan Islam akan menimbulkan kemarahan dan rasa tidak tidak puas oleh masyarakat Islam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, Presiden Ipsi, Kamarudin Abdullah menerusi laman sosial Facebooknya memuat naik surat penolakan permohonan penggunaan Stadium Bandaraya oleh MBPP itu dengan kata-kata berunsur kesedihan.

Surat bertarikh 13 Februari yang ditandatangi Pengarah Khidmat Kemasyarakatan MBPP, Rashidah Jalaludin itu secara jelas menyatakan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan tidak dapat mempertimbang permohonan tersebut.

Ceramah umum itu dirancang diadakan pada 14 Jun ini bermula pada pukul 8 hingga 11 malam.

Bagaimanapun, tiada sebarang penjelasan atau sebab diberikan berhubung penolakan permohonan itu oleh MBPP menerusi surat berkenaan.

Sementara itu, Kamarudin ketika dihubungi Utusan Malaysia enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai penolakan permohonan oleh MBPP tersebut.

“Buat masa (sekarang), saya tak mahu komen, semua buat silap kesimpulan, saya kena adil,” katanya menerusi aplikasi WhatApps. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN