KUALA LUMPUR – Pelakon Anzalna Nasir mengakui menolak tawaran yang keseluruhannya bernilai puluhan ringgit kerana tidak mahu menipu pengguna dalam media sosial. Menurut pemilik nama sebenar, Nur Anzalna Md. Nasir, 31, itu tawaran yang ditolak kebanyakannya merupakan kontrak ulasan produk kehamilan memandangkan dirinya kini sedang mengandung lima bulan. Keputusan itu dibuat kerana orang ramai terpedaya atau mengalami sebarang risiko apabila menggunakan produk yang belum tentu keberkesanannya. “Saya tidaklah bersikap prejudis…










