Anak! Kenapa conteng arang ke muka kami? - Utusan Malaysia

Anak! Kenapa conteng arang ke muka kami?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUM! Umpama batu besar menimpa pundak ibu bapa apabila menerima perkhabaran anak dara sunti yang mereka anggap masih berhingus sudah mengandung luar nikah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jika berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan ramai ibu bapa pening kepala berhadapan musibah ini. Manakan tidak, bilangan remaja hamil luar nikah bukannya puluhan atau ratusan orang, sebaliknya berbelas ribu orang setahun.

Angka itu mungkin besar daripada yang sebenarnya kerana bukan semua kes didaftarkan. Mana ibu bapa terlibat hendak sorokkan muka serta sorokkan sekali cucu yang lahir tanpa dipinta itu.

Menurut Pakar Obstetrik dan Sakit Puan di Pusat Pakar Universiti Malaya (UMSC), Prof. Madya Dr. Aizura Syafinaz Ahmad Adlan, ada satu kitaran ganas yang `menarik’ anak gadis melakukan seks luar nikah sehingga hamil.

Reaksi ibu bapa pula bagaimana? Adakah mereka hanya tahu mengamuk dan mencari jalan untuk tutup malu? Adakah sikap konservatif ibu bapa serta masyarakat Malaysia menyebabkan anak gadis yang hamil luar nikah tergamak melakukan satu lagi dosa besar iaitu membuang bayi sendiri?

Adakah ibu bapa dan masyarakat perlu ubah pemikiran dalam berhadapan dengan situasi anak hamil luar nikah supaya kes-kes sebegini dapat ditangani dengan cara sewajarnya?

Ikuti kupasan dan cadangan Dr. Aizura Syafinaz berhubung isu remaja hamil luar nikah dalam ruangan Mega Rona esok (Selasa) menerusi artikel bertajuk `Remaja hamil, salah siapa?’ atau layari www.utusan.com.my.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN