KUALA LUMPUR 25 Feb. – Tindakan sewajarnya perlu diambil ke atas mana-mana pegawai kanan yang gagal menunjukkan prestasi sepatutnya dalam Kementerian Pertahanan.
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, tindakan yang sama wajar diambil sekiranya terdapat pelanggaran tatalaku dan tatatertib dalam kalangan pegawai berjawatan kanan berkenaan.
“Sebagai pegawai yang dinilai anda hendaklah sentiasa bersikap positif dan terbuka apabila menerima maklum balas atau teguran.
“Terimalah setiap teguran dan nasihat sebagai panduan serta motivasi untuk menjadi individu yang lebih baik kepada organisasi,” katanya.
Beliau berucap dalam Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) serta Pingat Perkhidmatan dan Pekerti Terbilang (PPT) 2019 Kementerian Pertahanan di Wisma Perwira, di sini hari ini.
Seramai 849 warga awam, 9585 warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) daripada tiga cabang perkhidmatan dan 280 pesara.
Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Halimi Abd. Manaf dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin. – UTUSAN ONLINE.










