Amanah tiada masalah sokong Tun Dr. Mahathir - Utusan Malaysia

Amanah tiada masalah sokong Tun Dr. Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Feb. – Parti Amanah Negara (Amanah) tidak mempunyai sebarang masalah untuk menyokong Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

MOHAMAD SABU
MOHAMAD SABU 

Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, khabar angin menggulingkan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri kerana kononnya persetujuan untuk memberikan jawatan Perdana Menteri kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan berlaku seperti yang dijanjikan itu hanya spekulasi orang luar.

“Tiada masalah, itu timbul daripada orang luar.

“Tiada isu langsung. Itu hanya spekulasi, kita nak jawab semua ini susahlah,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma Perwira, Jalan Padang Tembak, di sini hari ini.

Jelas Mohamad yang juga Timbalan Presiden Pakatan Harapan berkata, pakatan juga tidak pernah berbincang mengenai perkara tersebut.

“Jadi kita tetap sekarang ini, PH tak pernah bincang dalam mesyuarat hal kepemimpinan Perdana Menteri, Dr. Mahathir,” katanya.

Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dalam kenyataan semalam menegaskan pendirian parti itu tidak berubah terhadap persetujuan mengangkat Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri apabila menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan Anwar akan mengambil alih jawatan itu selepas tempoh dua tahun. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN