PASIR PUTEH 6 Feb. – Lebih 400 masyarakat Tionghua menyambut kehadiran Tahun Baharu Cina dalam suasana muhibah bersama masyarakat Melayu di Cherang Ruku, di sini malam tadi. Program tahunan yang berlangsung di Pekan Cherang Ruku itu melibatkan penyertaan orang ramai pelbagai peringkat usia tanpa mengira keturunan dan kepercayaan agama. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim berkata, program itu menjadi tradisi bagi masyarakat minoriti berkenaan yang tinggal…










