Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama - Utusan Malaysia

Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan berikutan pertambahan jumlah kenderaan setakat 1.30 tengah hari ini.

Menurut jurucakap PLUS Malaysia Berhad, aliran trafik arah utara bergerak perlahan dari Rawang menuju ke Sungai Buaya, Slim River ke Sungkai dan Tapah ke arah Gopeng.

“Bagi arah selatan, kenderaan turut perlahan dari Kawasan Rehat dan Rawat Seremban ke Seremban, Ayer Hitam ke Yong Peng, Kulai ke Sedenak dan Skudai ke Senai,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik perlahan di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, Plaza Tol Gombak menuju ke Genting Sempah dan Lentang ke Bentong.

“Aliran trafik di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah masih lancar setakat ini,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN