SAUDARA PENGARANG,KERAJAAN boleh mempertimbangkan mewujudkan Akta Perlakuan Antisosial yang dikhususkan untuk golongan remaja dan kanak–kanak. Tidak dapat dinafikan golongan kanak–kanak dan remaja mudah terpengaruh dengan aktiviti yang boleh membawa bahaya kepada diri serta orang sekeliling. Antara kegiatan yang mudah untuk golongan bawah umur terjebak adalah pelacuran, penyalahgunaan dadah dan lumba haram. Kewujudan sebuah akta khusus dilihat penting bagi memastikan golongan bawah umur tidak terjerumus ke dalam sebarang aktiviti tidak berfaedah…










