Benarlah kata orang, seorang ibu itu jarang menghampakan anak-anaknya. Gara-gara anak juga, seorang ibu berketurunan Melayu dari Klang, Selangor, Fuziah Ahmad, 55, menjadi pengusaha kuih tradisi Cina iaitu kuih bakul atau ‘nian gao’. Segalanya bermula selepas anaknya Abdul Hadi Ahamad, 27, menikmati kuih bakul yang dihidangkan ketika mengunjungi rumah rakannya Louis Yuen Shen, 27, sempena sambutan Tahun Baru Cina lapan tahun lalu. Itulah pertama kali Abdul Hadi menjamah kuih bakul…










