Aiman tidak hilang - Utusan Malaysia

Aiman tidak hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT 25 Feb. – Setelah hampir seharian hilang daripada radar pengamal media, calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Aiman Zainali akhirnya muncul dalam aktiviti lawatannya ke Pasar Malam Bandar Rinching di sini petang ini.

Muhammad Aiman menjelaskan, beliau tidak ‘hilang’ dan tetap melakukan aktiviti lawatan kerja serta berkempen seperti biasa.

Jelasnya, mungkin wujud salah faham dan kesilapan teknikal sehingga jadual aktivitinya hari ini tidak diuar-uarkan kepada media.

“Saya ada. Pagi-pagi saya solat Subuh di Bandar Sri Putra dan saya berjalan-jalan di Bandar Sri Putra. Kemudian, saya pergi ziarah kematian, ke Penjara Kajang dan ke sini.

“Itu mungkin ada masalah teknikal sikit dekat situ. Mungkin info itu tak sampai. Saya tetap berkempen macam biasa,” katanya.

Ketika ditanya sama ada dirinya sedar bahawa pengamal media tidak mengekorinya sejak pagi tadi, Muhammad Aiman menjawab, hal itu disedarinya.

Beliau malah memberitahu bukan berada di bawah tekanan atau murung seperti yang dituduh oleh sesetengah pihak.

“Tinggal lagi empat hari. Kita nak all out (berhabis-habisan) untuk kempen kali ini.

“Esok kita akan pastikan info pergerakan saya akan dimaklumkan kepada media,” ujarnya.

Muhammad Aiman turut memohon maaf di atas perkara yang berlaku dan berharap ia tidak berlaku lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN