Ahli geng 36 sejak remaja ditahan - Utusan Malaysia

Ahli geng 36 sejak remaja ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 9 Feb. – Seorang ahli Geng 36 yang sudah bersama-sama kumpulan itu sejak berusia 16 tahun ditahan polis dalam satu operasi di Taman Perwira dekat Kluang malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Md. Yusof Ahmad berkata, lelaki berusia dalam lingkungan 20-an itu, ditahan pada 10.40 malam, hasil risikan dan malumat diterima.

“Hasil pemeriksaan tubuh badan ke atas suspek mendapati terdapat tatu bercorak tulisan ‘OHM’ (dalam bahasa Sanskrit) di bahagian lengan kanan dan tatu tulisan ‘360’ di tangan kanan.

“Lelaki itu juga yang mempunyai beberapa rekod jenayah lampau mengaku sebagai ahli Geng 36 sejak berusia 16 tahun,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Tambahnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966.

Beliau berkata, antara rekod jenayah lampau suspek adalah Seksyen 392, Seksyen 397, Seksyen 385, Seksyen 393, Seksyen 412 Kanun Keseksaan dan Kes 15(1)a Akta Dadah Berbahaya. – UTUSAN ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN