Agrobank sumbang zakat korporat kepada UTeM - Utusan Malaysia

Agrobank sumbang zakat korporat kepada UTeM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUMBANGAN. Agrobank menyumbangkan sebanyak RM33,400 wang zakat korporat kepada Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bertempat di kampus induk universiti itu di Durian Tunggal, Melaka baru-baru ini.

Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UTeM, Profesor Dr. Zulkifilie Ibrahim berkata, beliau menzahirkan rasa penghargaan dan terima kasih kepada pihak Agrobank yang telah memberi sumbangan tersebut kepada pihak UTeM.

“Wang zakat korporat ini akan disalurkan kepada golongan pelajar yang memerlukan bagi menampung perbelanjaan pengajian mereka di universiti ini.

“Bagi melancarkan pengagihan sumbangan tersebut, Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTeM akan menguruskan pemberian zakat ini terus kepada pelajar yang layak,” katanya.

Sementara itu, Bendahari UTeM, Khairul Taib berkata, pihak Agrobank turut merangka aktiviti bersama dengan UTeM bagi memberikan manfaat kepada kakitangan dan juga pelajar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN