SHAH ALAM 13 Feb. – Saksi keempat prosiding inkues kematian Muhammad Adib Mohd. Kassim yang memasuki hari ketiga hari ini mendedahkan orang awam memaklumkan kepadanya anggota bomba yang dilihatnya dalam keadaan menahan sakit telah dibantai dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25 dekat sini pada 27 November lalu. Amirrul Adli M. Yussli, 26, berkata, dia ternampak seorang anggota bomba iaitu Muhammad Adib dalam keadaan kedua-dua kaki melunjur…