SHAH ALAM 25 Feb. – Muhammad Adib Mohd. Kassim ketika dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) sempat memaklumkan kepada salah seorang kakitangan institut berkenaan yang dia dipukul dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, pada 27 November lalu.
Perunding Kanan Pakar Bedah Kardiotorasis IJN, Datuk Dr. Mohamed Ezani Md. Taib berkata, perkara itu dimaklumkan anggota bomba tersebut kepada petugas bernama Asyrah menerusi isyarat mengangguk kepala ketika ditanya apakah dia dipukul pada malam kejadian.
Dr. Mohamed Ezani yang juga saksi ke-14 inkues kematian Muhammad Abid memaklumkan, perkara itu disampaikan oleh Asyraf sendiri kepadanya pada Hari Krismas lalu.
“Ketika itu, Asyraf ada bertanya kena pukul dan Muhammad Adib menganggukkan kepalanya. Itu sahaja dia beritahu dan saya menyarankan supaya Asyraf memaklumkan kepada peguam untuk proses undang-undang,” katanya di hadapan Koroner Rofiah Mohamad di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE










