MUAFAKAT. Seramai 85 peserta menyertai Program Gotong-Royong Membasmi Denggi anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Mewah Fasa 3, Kamunting, Perak baru-baru ini. Pengerusinya, Md. Azman Biyamin berkata, program yang julung kali diadakan itu bertujuan memberikan mesej kesedaran kepada penduduk agar sentiasa menjaga kebersihan di dalam atau di luar rumah daripada menjadi tempat pembiakan nyamuk. “Kita juga turut memberikan penduduk ubat jentik-jentik yang diperolehi daripada Kementerian Kesihatan. “Saya berharap program ini…










