4Fingers perkenal Firecracker Chicken - Utusan Malaysia

4Fingers perkenal Firecracker Chicken

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bersempena Tahun Baru Cina yang lalu, restoran ayam goreng terkemuka berasal dari Singapura, 4Fingers tampil dengan menu hebat yang bukan sahaja pedas, malah memiliki keenakan yang tersendiri.

Diadun dengan ramuan campuran berupa rempah dan sos istimewa, Firecracker Chicken yang diperkenalkan baru-baru ini memiliki rasa unik dan memukau.

Didatangkan dengan seleksi rempah ratus segar tempatan seperti jintan dan lada Szechuan, ayam empuk dan rangup di luar ini boleh dipilih sama ada bahagian kepak atau paha.

Set hidangan Firecracker Chicken itu juga boleh ditambah dengan sajian sampingan berupa kentang goreng berperisa kimchi serta rumpai laut.

Menariknya, sos dan ramuan sapuan untuk ayam tersebut dicipta istimewa sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini.

Bahkan, ia telah mendapat sentuhan cef selebriti dari Singapura iaitu Bjorn Shen.

Menurut Shen, pihaknya telah menghabiskan banyak masa bersama 4Fingers untuk menyempurnakan ramuan istimewa yang cukup lazat itu.

Rempah

“Tahap penggunaan rempah pada menu ini antara yang paling banyak antara jenama ayam goreng di Malaysia.

“Ia cukup pedas untuk membawa rasa panas buat para peminat 4Fingers. Saya cukup teruja untuk melihat rakyat Malaysia mencuba menu ini,” katanya ketika ditemui Infiniti di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Jangan ketinggalan untuk merasa sendiri keenakan Firecracker Chicken di semua cawangan 4Fingers seluruh Malaysia termasuk di Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.

Harga Firecracker Chicken ala carte adalah bermula RM15 untuk tiga ketul paha ayam, manakala RM19.70 untuk hidangan set yang menghidangkan tiga ketul paha dan enam kepak ayam bersama kentang goreng dan minuman.

Untuk keterangan lanjut, layari laman facebook.com/gimme4fingers.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN