45 PATI termasuk GRO dicekup Imigresen Selangor - Utusan Malaysia

45 PATI termasuk GRO dicekup Imigresen Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Jabatan Imigresen Selangor menahan 45 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk pekerja gadis pelayan pelanggan (GRO) yang dipercayai telah berada di negara ini sejak enam bulan lalu selepas mengempur 10 lokasi berasingan di sekitar daerah ini dan Puchong, semalam.

Dalam operasi selama 10 jam bermula pukul 2.30 petang itu, kesemua PATI yang ditahan berusia 17 hingga 48 tahun.

Pengarah Imigresen negeri, Mohamad Shukri Nawi berkata, operasi yang dijalankan  menyasarkan premis kedai runcit, kilang, hotel, pusat urut dan pusat hiburan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Salah satu daripada premis yang diperiksa pernah diserbu sebelum ini kerana menjual arak tanpa lesen tetapi masih beroperasi.

“Hasil operasi turut mendapati terdapat masih ramai majikan mengajikan warga asing secara tidak sah termasuk bekerja sebagai GRO,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menjelaskan penangkapan kesemua 45 PATI itu adalah hasil pemeriksaan terhadap 91 warga asing.

Ujarnya, mereka yang ditahan terdiri daripada 15 warga Bangladesh, Indonesia (10), Vietnam (6), Pakistan dan Myamnar masing-masing lima, India (3) dan Nepal (1).

“Daripada jumlah keseluruhan, seramai 34 orang adalah lelaki manakala selebihnya 11 orang perempuan.

“Kesemua mereka dipercayai telah bekerja tanpa sah di negara ini sejak enam bulan lalu,” katanya.

Jelas Mohamad Shukri, mereka kini ditahan untuk siasatan lanjut di Pejabat Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen sebelum dihantar di Depot  Imigresen Semenyih.

“Kita akan mengesan semua majikan yang terlibat kerana masih berdegil melindungi dan mengajikan PATI ini.

“Kes disiasat mengikut  seksyen 51(5)(b), Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×