31 negara sertai acara LIMA'19 - Utusan Malaysia

31 negara sertai acara LIMA’19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI – Sebanyak 31 negara telah mengesahkan penyertaan pada Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19) edisi ke-15 yang dijadualkan berlangsung di sini penghujung bulan depan.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, acara dwitahunan berkenaan akan diadakan bermula pada 26 hingga 30 Mac depan yang merangkumi 60 peratus pengisian dalam industri pertahanan dan 40 peratus komersial.

Menurutnya, sebanyak 12 negara telah mengesahkan penyertaan secara berkumpulan atau pavilion negara iaitu Australia, Belarus, China, Perancis, Jerman, Jepun, Rusia, Slovakia, Turki, Ukraine, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

“Turki, negara yang terkenal mempunyai industri pertahanan yang baik memiliki pavilion terbesar pada LIMA’19 dengan keluasan 730 meter persegi diikuti Rusia 697 meter persegi,” kata­nya ketika berucap ada Majlis Pengiktirafan Rakan Penaja LIMA’19 di sini semalam.

Hadir sama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking; Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamaruddin Jaafar dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Mengulas lanjut, Mohamad membe­ritahu, setakat sema­lam peratusan tempahan ruang pameran telah menjangkau 109 peratus dengan jumlah keseluruhan tempahan ruang pameran seluas 11,037 meter persegi.

“Sebanyak 354 syarikat pertahanan dan komersial tempatan serta antarabangsa telah mengesahkan penyertaan pada LIMA’19.

“Penyertaan ini melibatkan 51 peratus atau 181 syarikat tempatan manakala baki 49 peratus atau 173 syarikat antarabangsa,” ujarnya.

Sementara itu, Mohamad turut mengesahkan kapal mewah Equanimity yang mencetuskan kontroversi berkaitan skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak akan dipamerkan pada LIMA’19 nanti.

Ketika ini, kapal yang dilaporkan berlabuh di Pangkalan Markas Wilayah Laut Tiga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Bukit Malut, Langkawi dalam proses bidaan untuk dijual selepas mula dilelong sejak 29 Oktober tahun lalu. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN