SEREMBAN 8 Feb. – Kementerian Pembangunan Luar Bandar menerima kira-kira 30,000 permohonan untuk memiliki rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) pada setiap tahun. Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, dengan peruntukan sebanyak RM200 juta pada tahun ini, kementerian itu hanya boleh membina sebanyak 1,532 rumah. “Apabila saya turun berjumpa rakyat, ramai yang hendak minta rumah. Sehinggakan ada satu negeri itu permohonannya melebihi peruntukan rumah PPRT untuk seluruh Malaysia. “Kalau banyak peruntukan memang saya hendak bantu semua orang tetapi tidak boleh dengan ekonomi sekarang dan keadaan yang kita…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya