21 atlet Rusia akan bertanding di bawah bendera berkecuali - Utusan Malaysia

21 atlet Rusia akan bertanding di bawah bendera berkecuali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 21 Feb. – Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) hari ini berkata, pihaknya telah memberi kebenaran kepada 21 atlet Rusia untuk kembali beraksi pada kejohanan antarabangsa, tetapi mereka akan bertanding di bawah bendera berkecuali dan bukannya mewakili Rusia.

Badan induk olahraga dunia itu telah menggantung Rusia pada November 2015 selepas mereka menemui bukti tentang isu doping yang mendapat sokongan negara itu, tetapi atlet Rusia dibenarkan IAAF untuk bertanding sebagai atlet berkecuali.

“Lembaga Penilaian Doping IAAF telah bersetuju permohonan 21 atlet Rusia memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan untuk bersaing dalam pertandingan di peringkat antarabangsa sebagai atlet berkecuali pada tahun 2019.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Proses permohonan atlet bagi mendapatkan status berkecuali pada pertandingan antarabangsa 2019 telah dibuka sejak Disember tahun lalu. Lembaga Penilaian Doping memberi keutamaan kepada permohonan yang dibuat atlet yang berhasrat bertanding bagi kejohanan dalam dewan,” kata IAAF.

Seramai 21 atlet kini layak untuk menyertai Kejohanan Dalam Dewan Eropah di Glasgow pada 1 hingga 3 Mac ini dan European Throwing Cup di Samorin, Slovakia 9-10 Mac. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×