200 kedai Uptown Puchong Permai terbakar - Utusan Malaysia

200 kedai Uptown Puchong Permai terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Feb.- Kira-kira 200 lot kedai di bazar larut malam di Uptown Puchong Permai, dekat sini musnah dalam kebakaran hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 7.50 pagi itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norizham Mohd. Nudin berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 7.58 pagi.

Ujarnya, berikutan itu, sebanyak 40 pegawai dan anggota dari tiga balai bomba tiba di lokasi kejadian.

“Bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk memadamkan kebakaran.

“Hasil siasatan awal mendapati, kebakaran dipercayai bermula di bahagian tengah lot kedai berkenaan sebelum merebak ke bahagian lain,” katanya di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×