150 murid terima beg sekolah, alat tulis - Utusan Malaysia

150 murid terima beg sekolah, alat tulis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI 11 Feb. – Seramai 150 orang murid kurang berkemampuan daripada tiga buah sekolah di daerah Kuala Muda di sini, menerima sumbangan beg sekolah dan alat tulis dalam satu program di sini, semalam.

Murid-murid yang terlibat adalah masing-masing seramai 50 orang dari Sekolah Kebangsaan (SK) Darulaman Bukit Kechil, SK Seri Kuala dan SK Rantau Panjang.

Kesemua kanak-kanak itu terdiri daripada keluarga nelayan dan petani.

Menurut Koordinator Program Edaran Beg Sekolah dan Alat Tulis 2019 anjuran Pertubuhan Komuniti Prihatin Kedah (Sepakat), Munawir Ridzwan, sumbangan itu bertujuan untuk meringankan beban ibu bapa yang terlibat.

“Setidak-tidaknya dapat menceriakan murid-murid ini apabila tibanya musim sesi persekolahan baharu,” katanya ketika ditemui. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×