150 maut minum samsu haram, bertoksik di India - Utusan Malaysia

150 maut minum samsu haram, bertoksik di India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUWAHATI, India 24 Feb. – Sekurang-kurangnya 150 orang maut dan banyak dimasukkan ke dalam hospital setelah minum samsu haram yang bertoksik di timur laut India menjadikan kejadian kedua dalam bulan ini.

Reuters melaporkan, jumlah mangsa tersebut berdasarkan laporan diterima dari tiga hospital di bahagian timur Assam.

Menurut Menteri Kesihatan Assam, Himanta Biswa Sarma, pihaknya mempunyai lebih 170 orang dimasukkan ke dalam hospital dengan pesakit baharu dibawa daripada kawasan berhampiran.

“Sesetengah pesakit mengalami komplikasi setelah dua hari minum samsu berkenaan.

“Kami telah menghantar sampel samsu untuk pemeriksaan forensik mengenal pasti kandungannya,” katanya.

Tragedi ini berlaku selepas hampir dua minggu lebih 100 orang maut disebebkan minum arak yang tercemar di Uttarakhand dan Uttar Pradesh menjadi kejadian terburuk di negara sejak 2011.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN