LAWATAN. Seramai 15 ahli Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP) mengadakan lawatan ke Kompleks Nasyrul Quran di Presint 14, Putrajaya baru-baru ini. Menurut Pengerusi AKRAB JPP, Wan Abdullah Wan Omar, kesemua ahli diberi peluang untuk merasai sendiri betapa indah dan syahdunya apabila memasuki kompleks percetakan kedua terbesar di dunia selepas Arab Saudi. Katanya, ia adalah program pertama pada tahun ini dan merancang akan mengadakan beberapa siri lawatan…










