14 warga Tunisia diculik kumpulan bersenjata - Utusan Malaysia

14 warga Tunisia diculik kumpulan bersenjata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUNIS 16 Feb.- Seramai 14 warga Tunisia diculik sekumpulan lelaki bersenjata di Zawiya, dekat sini.

Kesemua mangsa dijadikan tebusan kumpulan tersebut yang menuntut salah seorang ahlinya kini ditahan di Tunisia dilepaskan.

Menteri Luar Tunisia dalam kenyataan memberitahu pihaknya sedang memantau kes berkenaan.

“Menteri telah bercakap dengan rakan sejawatnya di Libya dan meminta agar semua mangsa dilindungi, dilepaskan dan dikembalikan dengan selamat,” katanya.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN