SEPANG – Seramai 12 pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang terkandas susulan banjir besar di Pekalongan, Jawa Tengah, Indonesia terpaksa meredah perjalanan sejauh hampir 350 kilometer untuk menyelamatkan diri daripada bencana itu. Mereka yang terdiri daripada 10 pelajar wanita dan dua lelaki merupakan pelajar Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan UMK juga tinggal sehelai sepinggang apabila hampir semua barangan peribadi mereka ditenggelami air. Pengerusi Persatuan Pelajar Tekstil dan Fesyen UMK, Areree…










