106 PATI Indonesia ditahan - Utusan Malaysia

106 PATI Indonesia ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 24 Feb. – Polis menahan seramai 106 warga Indonesia termasuk bayi lelaki kerana dipercayai cuba menyeludup masuk dan keluar dari negara ini di kawasan hutan di Bandar Penawar dekat Kota Tinggi semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitenden Ahsmon Bajah berkata, semua mereka yang berusia antara 10 bulan hingga 60 tahun ditahan sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi pada 5 petang.

Tambahnya, dalam serbuan itu, seorang lelaki tempatan dan dua lelaki Indonesia berusia antara 22 hingga 67 tahun disyaki tekong darat turut ditahan.

“Susulan penahanan itu, seorang lagi lelaki tempatan berusia 35 tahun dipercayai orang tengah dalam penyeludupan imigran ditahan di IPD Kulai,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Beliau berkata, semua suspek serta barang rampasan telah dibawa ke IPD Kota Tinggi bagi siasatan lanjut.

Tambahnya, mereka ditahan di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN