PASIR GUDANG 28 Feb. – Seramai lebih 1,000 masyarakat Islam berhimpun di Masjid Jamek An-Nur di sini sebagai tanda membantah tindakan segelintir pihak yang menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW serta isterinya, Saidatina Aisyah. Himpunan yang bermula pada pukul 5 petang itu digerakkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Badan Amal Tarbiah Sejagat (Batas) Johor dengan kerjasama beberapa NGO lain. Naib Pengerusi Batas Johor, Mohd. Taufek Daud berkata, himpunan itu merupakan…