10 maut dalam kebakaran di Paris - Utusan Malaysia

10 maut dalam kebakaran di Paris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS – Sekurang-kurangnya 10 orang maut, manakala 33 lagi cedera dalam satu insiden kebakaran di sebuah bangunan pangsapuri di sini, kata seorang pegawai kerajaan kelmarin.

Kebakaran itu berlaku di premis setinggi lapan tingkat di Rue Erlanger, barat daya Paris kira-kira pukul 1 pagi (waktu tempatan) disyaki dimulakan secara sengaja oleh seorang penghuni wanita yang mengalami masalah psikologi.

Ia merupakan insiden paling buruk di Paris sejak tahun 2005 dan lebih 200 anggota bomba mengambil masa selama lima jam untuk mengawal kebakaran.

Anggota bomba dilihat memanjat tangga di lorong sempit untuk menyelamatkan sebilangan penduduk yang terperangkap di tingkat lapan pangsapuri itu.

Pendakwa raya Paris, Remy Heitz mengesahkan seorang penghuni wanita berumur 40 tahun yang memiliki sejarah masalah mental ditahan dekat tempat kejadian.

“Suspek kelihatan mabuk dan cuba membakar sebuah kereta di sebatang jalan ketika ditahan,” kata sumber polis kepada agensi berita AFP.

Satu sumber perundangan mengesahkan selepas urusan soal siasat, suspek wanita itu kini ditempatkan di sebuah wad psikia­tri. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN