10 kawasan dilanda panas terik - Utusan Malaysia

10 kawasan dilanda panas terik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Fenomena gelombang haba dijangka melanda Malaysia apabila 10 kawasan di seluruh negara kini mencatat bacaan suhu menghampiri 37 darjah Celsius.

Menurut Jabatan Meteo­rologi Malaysia (MetMalaysia), sebanyak 10 kawasan yang terlibat ialah di Maran, Pahang; Tangkak (Johor) dan Kepong (Kuala Lumpur).

Menurutnya, di utara tanah air pula melibatkan kawasan seperti Chuping, Perlis manakala masing-masing tiga kawasan di Kedah iaitu Sik, Kota Setar dan Kubang Pasu serta di Perak iaitu Hulu Perak, Kinta dan Kuala Kangsar.

“10 kawasan terlibat berada dalam kategori tahap satu iaitu berjaga-jaga dengan suhu maksimum harian yang melebihi 35 darjah Celsius sehingga 36.9 darjah Celsius.

“Suhu tersebut dijangka­ berlarutan sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga hari,” katanya dalam satu kenyataan di laman web rasmi MetMalaysia semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN