HONG KONG 10 Jan. – Bekas Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra dipercayai menggunakan pasport Kemboja untuk mendaftarkan sebuah syarikat di negara ini. Yingluck juga dilaporkan menamakan pengerusi pengendali pelabuhan iaitu Shantou International Container Terminals Ltd. di wilayah Guangdong, China pada 12 Disember lalu. Yingluck menjadi buruan sejak Ogos 2017 selepas terlibat dalam skandal rasuah membabitkan skim subsidi beras bernilai berbilion dolar. Beliau dan para penyokongnya mendakwa skandal berkenaan merupakan konspirasi politik. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya