Yaysan Maybank, Yayasan ASEAN bangun kapasiti belia serantau - Utusan Malaysia

Yaysan Maybank, Yayasan ASEAN bangun kapasiti belia serantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK 22 Jan. – Yayasan Maybank dengan kerjasama Yayasan ASEAN melancarkan program pembangunan kapasiti
dan bengkel orientasi ‘eMpowering Youth Across ASEAN’ yang bertujuan mengurangkan kemiskinan dan meningkatkan kesejahteraan sosial dan ekonomi rakyat ASEAN melalui program sukarelawan belia dan pendekatan inovasi sosial.

Katanya, bengkel lima hari itu menyaksikan para peserta dibahagikan kepada 10 buah kumpulan dan mereka akan dilatih bagi membangunkan perancangan projek yang meliputi aspek berkaitan isu-isu pembangunan komuniti dan sosial.


“Bengkel serantau ini berfungsi sebagai elemen penting bagi projek ‘eMpowering Youth Across ASEAN’ kerana peranannya yang melengkapkan semua peserta dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk mereka melaksanakan projek di kawasan komuniti terpilih di Kemboja, Indonesia dan Malaysia selama dua minggu.


“Kami percaya belia hari ini adalah untuk masa depan. Oleh itu, tumpuan kami adalah menyediakan program mapan yang memberi manfaat ekonomi jangka panjang serta menyumbang kepada kemajuan komuniti di ASEAN,” katanya pada majlis pelancaran ‘eMpowering Youth Across ASEAN’ di Universiti Chulalongkorn di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN