KUALA LUMPUR 31 Jan. – Cuaca indah diterangi mentari membangkitkan kekuningan lambang kedaulatan diraja. Begitulah indahnya detik bersejarah buat Malaysia apabila Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 bermula hari ini, 31 Januari 2019. Tanggal 6 Januari lalu menjadi titik tolak kepada sejarah hari ini apabila Sultan Muhammad V melepaskan tahkta baginda selaras dengan Perkara 32…










