KUALA LUMPUR 31 Jan. – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) tidak wajar dipenuhi dengan ahli-ahli politik kerana ia merupakan sebuah badan agama dan bukannya badan politik. Bagaimanapun, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Datuk Mohamed Ezam Mohd. Nor berkata, kehadiran seorang atau dua orang ahli politik dalam badan itu adalah perlu bagi mendapatkan input selain tindakan dari sudut politik. “Bukan hampir semua ahlinya terdiri orang politik. Tidak wajar dan perlu koreksi…










